Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

Sombongnyer dia...Macam bagus jek...Huhhh!!!!

Tiba-tiba aku jeles beremosi sekejap bila terbacakan komen seorang rakan di wall facebook seorang rakan yang lain...Status rakan tu sebenarnya berkenaan dengan fiil lelaki sekarang yang suka tolong kepitkan handbag girlfren, tak pun si suami yang setia tolong bawakkan handbag isteri masa jalan-jalan kat shopping complex. Itu sebenarnya yang diutarakan oleh tuan empunya wall, tapi lain pulak bentuk komen yang diterima...Adalah seorang hamba Allah ni, sibuk jugak lar nak bagi komen kat wall kawan ni...Yela, kalau bukan kat wall, kat mana lagi kat nak bagitau satu dunia yang BEG DIA BERHARGA RIBUAN RINGGIT...

Perlu ke nak up kan harga beg dia kat wall orang...??? Pada aku lar...Jangan cakap jek, kalau boleh sila uploadkan gambar beg yang dia kata bernilai RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU tersebutkan...Cakap jek tanpa otoriti yang kukuh, macam mana orang nak caye kan...Adalah seorang teman baik pun tak puas hati dengan komen tu, jadi kami pun siasat la facebook si belagak ni...Aku dapati currently, she's staying in BINTULU, SABAH...Hmmm...Tak sangka ye kat bintulu ada beg har ribuan ringgit...

Aku memang tak bermaksud nak kondem atau merendah-rendahkan bintulu, tapi dia pun kot iyer nak belagak kan, toksahla kat facebook...Aku lebih suka kalau dia ikut reunion, pastu aku teringin nak tengok dia galas beg harga ribuan ringgit dia tu...Secara ikhlas, aku tak mampu nak pakai beg semahal tu...Kalau ikut hati, boleh jek nak beli, tapi aku pasti aku akan menyesal seumur hidup...Hehehehe...Bukan dengki atau iri hati, tapi tak perlu la nak menunjukk-nunjuk dalam facebook ni...BUAT ORANG MELUAT JEK...Huh...Sengal betol lar...

Sunday, April 18, 2010

Seronokkah menjadi perhatian VIP-VIP...???

Ini memang entry syok sendiri. Tapi pedulik hapekan. Bukan kena bayar pun nak tulis pasal peribadi kat sini, nak perasan-perasan ke, nak syok sendiri ke, sape jek yang berani nak marah sebab this is my blog...Hehehehehe...

Seronok ke menjadi perhatian VIP-VIP....??? Bidang kerja aku sekarang memang secara tak langsung mendedahkan aku kepada VIP-VIP...Suka ke, tak suka ke, penat ke, nak marah ke, tapi bila berdepan dengan diaorang otomatik jek senyum yang paling manis tu akan datang dengan sendiri. Kadang-kadang aku pun confuse dengan karier sebenar aku, macam pramugari pun ada juga, macam penyambut tetamu hotel pun ada juga, especially bila kena bertugas masa conference la, masa dinner la dan lain-lain lagi. Aku suka ke kerja macam ni...??? Setakat ni, aku enjoy then aku malas nak pening-pening kepala memikirkan permasalahan-permasalah lain...Tapi, kerja aku ni memang mendedahkan aku kepada masalah yang aku sendiri tak jangka ye...

Apa korang rasa, time ada satu event yang gempak, ada sorang VIP, asyik pandang korang...??? Korang takut tak...??? Aku takut sangat ye....Tak cukup dengan pandang, bila korang tolong hantarkan kopi dia sempat lagi tu cakap "I rasa i tak perlu la letak gula kat kopi ni, mesti kopi ni dah manis sebab orang yang tolong hantarkan ni memang dah manis sangat..." Ok, bila dengar dia cakap macam tu, tipula kan kalau hati korang tak berbunga-bunga kan...Kalau boleh, time tu jugak nak tengok muka kat cermin nak pastikan, mekap sume ok, baju ok, korang jalan pun perfect, dan sebagainya...Betul tak...??? Kena pulak orang yang puji tu adalah lelaki yang berpangkat dato', tan sri then muka sehensem dato' mustaffa maarof...Ala, pelakon cite bawang putih bawang merah tu, yang jadi putera raja tu...Mesti dan-dan tu jugak, dalam hati ada tamankan...??? Hehehehehe....Pada aku tak salah la dalam stage ni korang nak syok sendiri perasan cantik dan sebagainya...

Tapi, bila dia dah start tanya-tanya kat orang lain sama ada korang ni dah kawin ke belum, kerja bahagian mana, kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni dan sebagainya, time ni korang dah kena mula hati-hati ye sebab maknanya U WILL BE THE NEXT TARGET lepas ni...Kadang-kadang aku pun heran, orang kaya macam diaorang ni takde keje lain ke selain dari berfikir nakkan isteri yang cantik, lawa, takpun bila dah ada isteri cantik, nak ada girlfren-girlfren dan sebagainya...Adakah kerana mereka ni banyak duit sebab tu dah tak fikir pasal hal lain lagi...??? Seram akak ok...Yang paling sedih dan amat menyayat hati, aku ni asyik jadi perhatian golongan-golongan yang macam ni jek...Yang muda-muda langsung takde ek...Susah hati jugak, tapi kadang-kadang tu macam malas nak fikir kan...

Tapi apa pun, menjadi perhatian VIP ni macam best jugakla...Time tu la korang boleh test saham korang...Hehehehehe...Sangat keji ye sebab aku ada intention yang macam ni...Wakekekekekeke!!!!!

P/S: pemilik blog higheelhanum, sila jangan berbulu ye...ni entry nak meluah perasaan terbuku je..hehehehe

Wednesday, April 14, 2010

Skandal-skandal yang sering berlaku di tempat kerja, boleh diterima ke...????

Aku kena buat jugak entry ni sebab aku macam bengang dengan somebody...Pada aku, biarla blog aku ni takde orang nak baca, takde orang nak singgah, takde orang yang sudi nak komen, asalkan aku puas hati sebab aku boleh cerita apa sahaja yang berlaku di depan mata aku, di belakang aku dan di mana-mana sahaja ye...


Sebelum mulakan cerita, aku nak tanya la...Korang pernah tak dengar skandal antara suami orang dengan anak dara...??? Eleh, mesti pernah punyakan...Mungkin juga ada di antara kita yang sebenarnya terlibat dengan skandal yang macam ni...Pada aku ni bukan perkara yang luar biasa ye...Bagaimana pulak kalau skandal suami orang dengan isteri orang...??? Ha...Yang ni mesti ada antara kita yang ala-ala geleng-gelengkan kepala ye bila dengar kategori skandal yang macam ni...Hehehehe...


Pertama sekali aku nak bagitau la ok...Aku kan kalau bab suami orang ada skandal dengan anak dara, aku tak berapa nak heran la kan sebab aku boleh terima fakta yang lelaki boleh kawin EMPAT ye...Tapi kalau skandal antara suami orang dgn ISTERI ORANG memang kepala otak aku ni tiba-tiba jadi sempit, tiba-tiba macam tak sporting dan tak boleh nak terima...Tiba-tiba tekak ni terasa loya...Hehehehe...*Bengong betul, sape suruh aku bayangkan kan...???* Kekekeke...


Aku ada experience la dengan suami orang yang tak sudah-sudah nak try sume anak dara kat ofis dia ok...Intention dia cuma nak seronok-seronok sebab alasan dia, isteri dia tak layan dia kat rumah...Korang boleh terima tak alasan yang macam ni...??? Mungkin aku berfikiran agak kolot dan ortodoks, tapi terus terang aku bagitau, aku tak boleh nak terima ye alasan-alasan yang kurang relevan macam ni...Habis tu, lepas dah seronok-seronok, apa yang perempuan tu dapat...??? Duit ke untuk beli baju, beli kasut, belanja kawan-kawan ofis makan...??? Pada aku itu perbuatan yang keji dan tak boleh diterima akal fikiran...Sekali lagi aku tegaskan di sini, mungkin aku berfikiran kolot ye...


Nak dijadikan cerita, ada seorang teman di ofis *isteri orang* menjalinkan hubungan cinta ye *uwek,uwek,uwek...loya tekak aku nak muntah* dengan suami orang. Dua-dua tu aku kenal sangat ye, yang suami orang tu memang perangai sangat buaya darat ok...Semua anak dara, isteri orang, janda dan sebagainya dia nak try...Tak cukup dengan isteri kat rumah yang memang baik *sebab aku kenal isteri dia ok*, penyayang dan sebagainya...Alasan stereotype si suami orang ni, macam biasa la sebab dia sunyi ye...Benci aku dengar alasan yang macam tu. Apa yang aku tau, hubungan tidak normal mereka ni dah lama terjalin ok...Dari isteri orang tu anaknya seorang, then PREGNANT, pastu dah deliver baby, anak dah dua dan seterusnya masih kekal hingga kini...Cinta sampai mati gamaknya...


Aku pelikla...Kenapa ek diaorg dua-dua tu tak boleh nak fikirkan yang mana baik yang mana buruk...Lelaki tu kalau rahsia cinta maha hebat diaorang ni terpecah pun, dia tak malu atas sebab DIA HANYA SEORANG LELAKI. Tapi kalau yang isteri orang ni, aku percaya MAUNYA DIA KENA CERAI DENGAN SUAMI DIA. Aku bercerita kat sini, bukan sebab aku rasa jeles, tercabar dan sebagainya...Tapi sebagai peringatan terutama kepada diri aku sendiri. Aku harap sangat la, dua-dua mangkuk ni akan dapat hidayah supaya diaorang boleh perbetulkan kesilapan diaorang sekarang...Jangan dan terhantuk, baru nak terngadah...Time tu sume dah tak guna dah...Hehehehehe...

Friday, March 12, 2010

Pakaian yang lusuh, yang sama dalam seminggu serta badan berbau...Mengapa ye masih ada orang yang tidak menitik beratkan perkara macam ini...????

Aku mulakan kerjaya di tempat baru dengan azam yang baru dengan harapan karier lebih berkembang dan rezeki lebih murah untukku di tahun 2010 ni...Azam baru terlalu banyak, bukan setakat terhad kepada perkembangan karier yang positif tetapi juga penampilan diri menjadi azam yang terpenting tahun ni. Aku nak jadi kurus ye, setiap tahun azam tahun baru aku mesti nak jadi kurus dari tahun yang sebelum-sebelumnya...Tapi nan ado la kan...Macam tu jugakla...Hahahahaha...Ingat senang ke nak kurus...????


Cakap pasal penampilan diri ni, aku sukar mengerti sebab masih ada lagi mereka di ofis-ofis yang masih bergaya selekeh, yang tak kisah pasal penampilan diri, yang comot datang bekerja, yang ada bau badan dan sebagainya. Aku makin tak faham...Bukan niat aku hendak kutuk kau, tapi itulah hakikat yang terpaksa aku hadapi di tempat baru ni.


Kalau dah nama kerja di ibu pejabat, sudah pasti terlalu ramai orang yang aku temui. Ni yang aku nak buka cerita pasal seorang staff aku...Orangnya berbadan besar, kuat bisnes *segala benda dia nak jual, dari nasik lemak, kuih muih, tudung, kerepek semua lah dia nak jual*. Tapi itu bukan isu yang aku ingin bangkitkan kat sini. Aku cuma hendak bangkitkan pasal badan yang berbau serta pakaian yang sama yang dipakai dalam minggu yang sama. Aku makin tak mengerti...


Setiap hari *especially selepas lunch hour* akan ada bau-bauan yang kurang menyenangkan sebaik sahaja aku hendak masuk ke bilik aku. Meja dia dekat luar bilik aku, so suka atau tidak memang aku kena lalu depan dia. Ada satu ketika tu, aku hampir sesak nafas sebab bau badan dia yang kuat tu. Tak cukup dengan tu, dalam minggu ni aku perasan ye, dia pakai baju yang sama. Baju hari isnin dengan baju hari jumaat adalah baju yang sama. Aku tak percaya dia tak mampu nak beli baju, bisnes kat ofis bukan main kencangkan...Sayangla penampilan tak terjaga..Dengan bau badan segala, pelik betul aku dengan orang yang macam ni kan...


Pernah sekali aku dan kawan aku bercadang nak belikan dia hadiah deodorant, konon-konon, pagi-pagi sebelum dia masuk kerja, kami bercadang nak letakkan deodorant tu atas meja dia...Tapi, mengenangkan kami ni orang baru dan selama ni tak pernah pun agaknya ada sesiapa yang komplen pasal bau badan dia, kami terpaksa batalkan niat nak buat macam tu, takut pulak nanti kantoi...Dah la orang baru, buat pulak benda macam tu, nanti satu department tak suka...Wakakakakaka...


Habis macam mana nak atasi perkara macam ni...??? Nak tegur kang, ni isu sensitif...Dah la setiap kali aku nak pegi meeting ker, nak pegi tempat mana-mana pun, dia yang tolong tempahkan transport untuk aku pergi, tak cukup dengan tu, kalau ada masalah printer, masalah telefon, sume dia lama yang tolong settlekan...Tak tergamak aku ye nak cakap pasal bau badan dia tu...Adoiiii aiiii...Pening-pening...

Thursday, February 4, 2010

Kecewa!!!! Frust!!!! Mencik!!!!

Aku frust ni!!!! Aku kecewa sgt...Knp...???? Tadi aku sempat singgah kat facebook Encik H tu...Ade komen2 rakan2 dia la kan cam bese...Aku rase dia dah ade calon kot utk jadi girlfren dia...Calon dah ade cuma mgkn dia tak berani nak disclose jek...

Hati aku berdebar2 jek bila baca komen kengkawan dia...Apsal aku nak frust tak psl2 ek...Padahal, Encik H tak pernah ckp pun dia syok kat aku, btl tak...???? Aku consider ni sebagai kes terpencil la kan sbb aku syok sendiri kat dia...

Benci btl...Org yg aku suka mesti dah yg punyer...Aku menyampah la...Smpi bila la nak mcm ni...Nak posting jauh2 la dari dia..Biar dia tak dgr khabar berita aku dah!!!! Mencik!!!!*17 ribu kali*

Monday, February 1, 2010

Kenapa dia semakin menjauh....????

Aku sedih...Dia makin menjauh...Bila dia tukar jabatan dan tukar jawatan, dia makin menjauh...Aku kecewa sebab aku baru je ye, baru je mula merapatkan diri dgn dia...Kenapa jadi begini...??? Adakah kerana status "in a relationship" aku tu, atau kerana gmbr lama aku yg tak semanggah tu...???

Bkn kerna gmbr tersebut...Aku yakin tentang perkara itu...Hbs tu sbb ape...??? Kenapa kau makin menjauh, kenapa bila dah berjawatan baru terus nak menyombong...??? Apakah kau tak perasan selama ni aku suka sgt kat kau...Ish, ish, ish...Kenapa ek mesti mcm ni...??? Kenapa la di saat-saat kau dah sekufu dgn aku jadi pulak perkara mcm ni...??? Aku kecewa ok...Aku tak berani nak bertanyakan hal ni kat kau...Aku takut nanti kau perasan pulak aku ni syok kat kau...Owh...Aku benci dgn perasaan mcm ni...

Aku mengaku mula2 kenal tu aku buat taktau jek kat kau sbb aku dengar ko tu songsang orgnya...Tapi lepas aku confirm kan balik dgn kau, baru aku tau ko sebenarnyer normal...Berdoa ok aku fikir smpi mcm tu sekali...Ni sume kwn aku punye psl sbb dia menabur fitnah psl kau...Hehehehe...

Tapi, hari ni aku gembira ok sbb kau sudi nak chat lagi dgn aku kat facebook...Aku ingat kau dah lupekan aku...Yeay, yeay...Tapi, knp kau suka aku letak gmbr aku yg buruk tu...??? Knp...??? Ko takut org lain ngorat aku ker...???? Ko mmg suka buat aku perasan!!!!!

Kenapa begitu sekali...????

Kenapa mesti dia mendengki...??? Knp mesti komen sedemikian di dalam laman facebook aku...??? Aku rase terhina ok...Walau pun dia nak dakwa dia menyatakan komen tersebut bona fide, ikhlas dan tidak bermaksud apa2...Aku mencik tau!!!!


Aku tak pernah kacau hidup dia...Sukati aku la nak keje contract ker, nak keje part time model ker, nak keje sementara ker, ade aku kisah...??? Aku tak pernah kacau hidup kau, yg kau sibuk2 bg komen cenggitu knp...??? Aku tau kau kecewa sbb kena stay kat situ...Aku tau kau frust sbb peluang pekerjaan lain masih blm menjengah diri kau, tp kau kena sedar ok, rezeki tu ada di mana2 dan ikut rezeki masing2...Bak kata sahabatku, muka aku ni muka murah rezeki...


Isu skrg mcm mane nak jadi muka murah rezeki...??? Kau kena rajin2 senyum, kau jgn muncung jek bila nmpk org lain, rajin2 kan diri tu utk tegor org, bkn tegor bila kau rasa perlu jek, pastu plg penting, tlgla jgn mendengki dgn org lain...InsyaAllah murahla rezeki kau tu nnt...Aku doakan kau blh kuar dari situ kalau tu yg kau nak sgt...Tp, kau kenala usaha cari keje lain...Ingat sikit, kau tu dah ada anak, dah anak suami, yg pntg dah berkeluarga...Aku ni single lg, kalo jobless pun mak ayah aku blh tanggung lg...Harapan aku kau sedar kesilapan kau tau...Huh!!!!