Search This Blog

Wednesday, April 14, 2010

Skandal-skandal yang sering berlaku di tempat kerja, boleh diterima ke...????

Aku kena buat jugak entry ni sebab aku macam bengang dengan somebody...Pada aku, biarla blog aku ni takde orang nak baca, takde orang nak singgah, takde orang yang sudi nak komen, asalkan aku puas hati sebab aku boleh cerita apa sahaja yang berlaku di depan mata aku, di belakang aku dan di mana-mana sahaja ye...


Sebelum mulakan cerita, aku nak tanya la...Korang pernah tak dengar skandal antara suami orang dengan anak dara...??? Eleh, mesti pernah punyakan...Mungkin juga ada di antara kita yang sebenarnya terlibat dengan skandal yang macam ni...Pada aku ni bukan perkara yang luar biasa ye...Bagaimana pulak kalau skandal suami orang dengan isteri orang...??? Ha...Yang ni mesti ada antara kita yang ala-ala geleng-gelengkan kepala ye bila dengar kategori skandal yang macam ni...Hehehehe...


Pertama sekali aku nak bagitau la ok...Aku kan kalau bab suami orang ada skandal dengan anak dara, aku tak berapa nak heran la kan sebab aku boleh terima fakta yang lelaki boleh kawin EMPAT ye...Tapi kalau skandal antara suami orang dgn ISTERI ORANG memang kepala otak aku ni tiba-tiba jadi sempit, tiba-tiba macam tak sporting dan tak boleh nak terima...Tiba-tiba tekak ni terasa loya...Hehehehe...*Bengong betul, sape suruh aku bayangkan kan...???* Kekekeke...


Aku ada experience la dengan suami orang yang tak sudah-sudah nak try sume anak dara kat ofis dia ok...Intention dia cuma nak seronok-seronok sebab alasan dia, isteri dia tak layan dia kat rumah...Korang boleh terima tak alasan yang macam ni...??? Mungkin aku berfikiran agak kolot dan ortodoks, tapi terus terang aku bagitau, aku tak boleh nak terima ye alasan-alasan yang kurang relevan macam ni...Habis tu, lepas dah seronok-seronok, apa yang perempuan tu dapat...??? Duit ke untuk beli baju, beli kasut, belanja kawan-kawan ofis makan...??? Pada aku itu perbuatan yang keji dan tak boleh diterima akal fikiran...Sekali lagi aku tegaskan di sini, mungkin aku berfikiran kolot ye...


Nak dijadikan cerita, ada seorang teman di ofis *isteri orang* menjalinkan hubungan cinta ye *uwek,uwek,uwek...loya tekak aku nak muntah* dengan suami orang. Dua-dua tu aku kenal sangat ye, yang suami orang tu memang perangai sangat buaya darat ok...Semua anak dara, isteri orang, janda dan sebagainya dia nak try...Tak cukup dengan isteri kat rumah yang memang baik *sebab aku kenal isteri dia ok*, penyayang dan sebagainya...Alasan stereotype si suami orang ni, macam biasa la sebab dia sunyi ye...Benci aku dengar alasan yang macam tu. Apa yang aku tau, hubungan tidak normal mereka ni dah lama terjalin ok...Dari isteri orang tu anaknya seorang, then PREGNANT, pastu dah deliver baby, anak dah dua dan seterusnya masih kekal hingga kini...Cinta sampai mati gamaknya...


Aku pelikla...Kenapa ek diaorg dua-dua tu tak boleh nak fikirkan yang mana baik yang mana buruk...Lelaki tu kalau rahsia cinta maha hebat diaorang ni terpecah pun, dia tak malu atas sebab DIA HANYA SEORANG LELAKI. Tapi kalau yang isteri orang ni, aku percaya MAUNYA DIA KENA CERAI DENGAN SUAMI DIA. Aku bercerita kat sini, bukan sebab aku rasa jeles, tercabar dan sebagainya...Tapi sebagai peringatan terutama kepada diri aku sendiri. Aku harap sangat la, dua-dua mangkuk ni akan dapat hidayah supaya diaorang boleh perbetulkan kesilapan diaorang sekarang...Jangan dan terhantuk, baru nak terngadah...Time tu sume dah tak guna dah...Hehehehehe...

7 comments:

Izan said...

ish... awat la org2 zaman skang ni teruk sgt. kalau nak wat perangai tak elok tu baik tak yah kawen. sian kat anak2 nnt. geram la wei. aku yang baca ni pun rasa menyampah giller kat manusia yang berkenaan

Missing Cat said...

tau pun ko izan...lately ni, skandal-skandal ni makin menjadi-jadi ye...klu org bujang takpe, ni tak, dah kawen ade anak isteri suami segala pun masih nak buat hal...

~H a n u m ~H~ said...

Nasib baik ko tak jadi mangsa jantan keparat tu ok. yg bini orang tu... pelliss la... tak lawa mana pun... tah apa skill yang dia guna jantan tu bleh syok... bongok sangat2, dah ada suami tu appreciate la... siap ada anak lagi tu...

cippa said...

Hmm,cerita macam ni memang meloyakan dan menyakitkan hati. Kak Wan tak kisah...anak dara ke...mak dara...pantang dengar main asmaradana dengan suami orang. Yang silelaki tu should be ashamed of himself mengurat isteri orang. Tak faham la...yang girlfriend tu, ingatlah dosa kepada suami dan pentingnye tuhan...

Anonymous said...

Kat kilang saya tu Automotive industries sdn bhd. Ada sekor betina tu dah la bini orang, kerani cabuk je, skandal dgn suami org manager department lain. Sms la, call la bagai hari2. Memang sial la betina tu. Elok kene cerai la dengan laki dia. Yang jantan ni pun satu, dah takde betina lawa lagi ke ko nak? Bini sikit punya cantik. Kalau aku kasi free betina tu pun tak ingin la

Anonymous said...

Kat tempat keje saya pun ada skandal gini. Pastu plak jantan tu mmg boye..semua yg bergetah dia nak try. Pasangan msg2 dah tau. Yg hubby pompuan tu cam dayus je. Sbb sayang bini xmau amik apa2 tndakan. Kesian kat wife jantan boye tu. Dahla tak keje, anak 6 org. anak sulung dah msk ipt, anak bongsu baru bbrapa bulan umurnya. Terbaru, dgr cerita, jantan boye tu dah ceraikan bini dia. Kesian sgt2 kat bini dia tu

Anonymous said...

Sebenarnya masa kini isteri byk tidak menjaga suami. Dia dah lupa hakikat syurga dia dimana...walau solat sejuta dua juta kali sehari pun selagj suami dia tak redha dan tak maafkan mmg sampai bila tak jejak syurga. Kdg kalau wife korang alim sgt pun jgn percaya 100% itu kdg lakonan je. Wife kita kat luar sana ramai jantan hidung belang kacau..