Search This Blog

Sunday, April 18, 2010

Seronokkah menjadi perhatian VIP-VIP...???

Ini memang entry syok sendiri. Tapi pedulik hapekan. Bukan kena bayar pun nak tulis pasal peribadi kat sini, nak perasan-perasan ke, nak syok sendiri ke, sape jek yang berani nak marah sebab this is my blog...Hehehehehe...

Seronok ke menjadi perhatian VIP-VIP....??? Bidang kerja aku sekarang memang secara tak langsung mendedahkan aku kepada VIP-VIP...Suka ke, tak suka ke, penat ke, nak marah ke, tapi bila berdepan dengan diaorang otomatik jek senyum yang paling manis tu akan datang dengan sendiri. Kadang-kadang aku pun confuse dengan karier sebenar aku, macam pramugari pun ada juga, macam penyambut tetamu hotel pun ada juga, especially bila kena bertugas masa conference la, masa dinner la dan lain-lain lagi. Aku suka ke kerja macam ni...??? Setakat ni, aku enjoy then aku malas nak pening-pening kepala memikirkan permasalahan-permasalah lain...Tapi, kerja aku ni memang mendedahkan aku kepada masalah yang aku sendiri tak jangka ye...

Apa korang rasa, time ada satu event yang gempak, ada sorang VIP, asyik pandang korang...??? Korang takut tak...??? Aku takut sangat ye....Tak cukup dengan pandang, bila korang tolong hantarkan kopi dia sempat lagi tu cakap "I rasa i tak perlu la letak gula kat kopi ni, mesti kopi ni dah manis sebab orang yang tolong hantarkan ni memang dah manis sangat..." Ok, bila dengar dia cakap macam tu, tipula kan kalau hati korang tak berbunga-bunga kan...Kalau boleh, time tu jugak nak tengok muka kat cermin nak pastikan, mekap sume ok, baju ok, korang jalan pun perfect, dan sebagainya...Betul tak...??? Kena pulak orang yang puji tu adalah lelaki yang berpangkat dato', tan sri then muka sehensem dato' mustaffa maarof...Ala, pelakon cite bawang putih bawang merah tu, yang jadi putera raja tu...Mesti dan-dan tu jugak, dalam hati ada tamankan...??? Hehehehehe....Pada aku tak salah la dalam stage ni korang nak syok sendiri perasan cantik dan sebagainya...

Tapi, bila dia dah start tanya-tanya kat orang lain sama ada korang ni dah kawin ke belum, kerja bahagian mana, kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni dan sebagainya, time ni korang dah kena mula hati-hati ye sebab maknanya U WILL BE THE NEXT TARGET lepas ni...Kadang-kadang aku pun heran, orang kaya macam diaorang ni takde keje lain ke selain dari berfikir nakkan isteri yang cantik, lawa, takpun bila dah ada isteri cantik, nak ada girlfren-girlfren dan sebagainya...Adakah kerana mereka ni banyak duit sebab tu dah tak fikir pasal hal lain lagi...??? Seram akak ok...Yang paling sedih dan amat menyayat hati, aku ni asyik jadi perhatian golongan-golongan yang macam ni jek...Yang muda-muda langsung takde ek...Susah hati jugak, tapi kadang-kadang tu macam malas nak fikir kan...

Tapi apa pun, menjadi perhatian VIP ni macam best jugakla...Time tu la korang boleh test saham korang...Hehehehehe...Sangat keji ye sebab aku ada intention yang macam ni...Wakekekekekeke!!!!!

P/S: pemilik blog higheelhanum, sila jangan berbulu ye...ni entry nak meluah perasaan terbuku je..hehehehe