Search This Blog

Tuesday, May 18, 2010

Kisah lalu...;p

Masa korang kecik-kecik dulu, korang pernah tak minat budak lelaki kat sekolah korang...???? Aku pernah ok...Masa aku darjah 5 kot time tu, aku sekolah kat TLDM. Masa tu ayah aku NAVY kan, so terpaksa la sekolah kat situ sementara aku pindah ke sekolah lain...Dalam sekolah aku tu, adalah sorang budak laki ni, dia putih, gigi kapak dia cute sangat, ensem, rambut cutting ala-ala anday lau masa tu kan, pastu dia ketua darjah kat kelas dia. Kelas dia sebelah kelas aku tau.

Macam biasala kan, budak yang diminati ni mesti belajar pandai, cikgu-cikgu satu sekolah suka giler kat dia kan, then dia pandai main rounders. Betul ke aku eja tu...??? Betul la kot...Dia memang hensem la, kalo dia jalan kat kaki lima sekolah tu, memang ternganga la mulut aku nengok dia. Yang pasti, bukan aku sorang jek yang minat dia, ade gak kengkawan lain yg bila dah besar panjang ni, mengaku ye pernah minat mamat ni...

Tapi sayang, zaman aku kanak-kanak aku memang stok comot, hitam dan gemoks yang amat ye...Budak-budak lelaki mana jek yang nak minat kat aku...So, aku pun selalu la syok sendiri dengan budak ni...Kebetulan masa tu aku join koir sekolah aku tuh, dan seperti biasa dia la ketua pasukan koir tu. Cam bese la kan, sume jawatan kat sekolah sume dia nak pegang...Selagi ada jawatan sume dia nak rembat. Pastu, mamat ni dia kapel dengan classmate aku ye...

Minah ni zaman tu, dia la yang paling hawt ok...Takat muka cam aku ni memang mamat tu tak pandangla...Mesti mamat tu cakap aku budak itam yang gemoks dan busuk...Hahahahahahaha...Tapi aku tak kisah, setakat cinta tak berbalas tu tak menjadi hal ye untuk aku...Ok, aku dah mula merepek...Benci betul, nak cite pasal budak tu tercerita lak pasal diri sendiri...Berbalik kepada cite budak tu, lepas UPSR aku dengar dia dapat 4A *masa tu 4A la* then dia masuk asrama. Tak ingat la sama ada pegi MRSM atau asrama penuh yang lain.

So, bila budak tu dah takde, aku pun masuk sekolah convent sitiawan dan meneruskan pengajian aku sampai la aku dah keje kat Jabatan ni...Nak dijadikan cite lagi, ada teman rapat masa sekolah bagi tau yang mamat tu add dia kat facebook...Aku dengan penuh eager, tak menyabo nak tengok gambar terkini mamat tu ye...Aku pun search la, search punya search aku berjaya ye menjejaki mamat tu..Tapi, aku hampir-hampir terkena heart attack ye sebab mamat hensem tu dah tak sehensem dulu ye...Rambut dah makin sikit, rupa dia dah tak kacak sangat ye, pastu kulit pun dah tak putih cam dulu...Aku dapat kenal dia pun sebab gigi kapak gedabak dia tu, kalo macam tu aku jumpa dia tepi jalan pun, sumpah aku tak kenal ye...Wakekekekekekeke...

So kesimpulan dari cerita aku ni mudah jek, tak semestinya kalau kita cantik, kalau kita lawa, tampan kacak dan sebagainya masa kita kecik, kita akan maintain lawa, kacak dan tampan sampai kita dewasa ye...Allah tu maha adil kan...????