Search This Blog

Wednesday, April 14, 2010

Skandal-skandal yang sering berlaku di tempat kerja, boleh diterima ke...????

Aku kena buat jugak entry ni sebab aku macam bengang dengan somebody...Pada aku, biarla blog aku ni takde orang nak baca, takde orang nak singgah, takde orang yang sudi nak komen, asalkan aku puas hati sebab aku boleh cerita apa sahaja yang berlaku di depan mata aku, di belakang aku dan di mana-mana sahaja ye...


Sebelum mulakan cerita, aku nak tanya la...Korang pernah tak dengar skandal antara suami orang dengan anak dara...??? Eleh, mesti pernah punyakan...Mungkin juga ada di antara kita yang sebenarnya terlibat dengan skandal yang macam ni...Pada aku ni bukan perkara yang luar biasa ye...Bagaimana pulak kalau skandal suami orang dengan isteri orang...??? Ha...Yang ni mesti ada antara kita yang ala-ala geleng-gelengkan kepala ye bila dengar kategori skandal yang macam ni...Hehehehe...


Pertama sekali aku nak bagitau la ok...Aku kan kalau bab suami orang ada skandal dengan anak dara, aku tak berapa nak heran la kan sebab aku boleh terima fakta yang lelaki boleh kawin EMPAT ye...Tapi kalau skandal antara suami orang dgn ISTERI ORANG memang kepala otak aku ni tiba-tiba jadi sempit, tiba-tiba macam tak sporting dan tak boleh nak terima...Tiba-tiba tekak ni terasa loya...Hehehehe...*Bengong betul, sape suruh aku bayangkan kan...???* Kekekeke...


Aku ada experience la dengan suami orang yang tak sudah-sudah nak try sume anak dara kat ofis dia ok...Intention dia cuma nak seronok-seronok sebab alasan dia, isteri dia tak layan dia kat rumah...Korang boleh terima tak alasan yang macam ni...??? Mungkin aku berfikiran agak kolot dan ortodoks, tapi terus terang aku bagitau, aku tak boleh nak terima ye alasan-alasan yang kurang relevan macam ni...Habis tu, lepas dah seronok-seronok, apa yang perempuan tu dapat...??? Duit ke untuk beli baju, beli kasut, belanja kawan-kawan ofis makan...??? Pada aku itu perbuatan yang keji dan tak boleh diterima akal fikiran...Sekali lagi aku tegaskan di sini, mungkin aku berfikiran kolot ye...


Nak dijadikan cerita, ada seorang teman di ofis *isteri orang* menjalinkan hubungan cinta ye *uwek,uwek,uwek...loya tekak aku nak muntah* dengan suami orang. Dua-dua tu aku kenal sangat ye, yang suami orang tu memang perangai sangat buaya darat ok...Semua anak dara, isteri orang, janda dan sebagainya dia nak try...Tak cukup dengan isteri kat rumah yang memang baik *sebab aku kenal isteri dia ok*, penyayang dan sebagainya...Alasan stereotype si suami orang ni, macam biasa la sebab dia sunyi ye...Benci aku dengar alasan yang macam tu. Apa yang aku tau, hubungan tidak normal mereka ni dah lama terjalin ok...Dari isteri orang tu anaknya seorang, then PREGNANT, pastu dah deliver baby, anak dah dua dan seterusnya masih kekal hingga kini...Cinta sampai mati gamaknya...


Aku pelikla...Kenapa ek diaorg dua-dua tu tak boleh nak fikirkan yang mana baik yang mana buruk...Lelaki tu kalau rahsia cinta maha hebat diaorang ni terpecah pun, dia tak malu atas sebab DIA HANYA SEORANG LELAKI. Tapi kalau yang isteri orang ni, aku percaya MAUNYA DIA KENA CERAI DENGAN SUAMI DIA. Aku bercerita kat sini, bukan sebab aku rasa jeles, tercabar dan sebagainya...Tapi sebagai peringatan terutama kepada diri aku sendiri. Aku harap sangat la, dua-dua mangkuk ni akan dapat hidayah supaya diaorang boleh perbetulkan kesilapan diaorang sekarang...Jangan dan terhantuk, baru nak terngadah...Time tu sume dah tak guna dah...Hehehehehe...