Search This Blog

Friday, March 12, 2010

Pakaian yang lusuh, yang sama dalam seminggu serta badan berbau...Mengapa ye masih ada orang yang tidak menitik beratkan perkara macam ini...????

Aku mulakan kerjaya di tempat baru dengan azam yang baru dengan harapan karier lebih berkembang dan rezeki lebih murah untukku di tahun 2010 ni...Azam baru terlalu banyak, bukan setakat terhad kepada perkembangan karier yang positif tetapi juga penampilan diri menjadi azam yang terpenting tahun ni. Aku nak jadi kurus ye, setiap tahun azam tahun baru aku mesti nak jadi kurus dari tahun yang sebelum-sebelumnya...Tapi nan ado la kan...Macam tu jugakla...Hahahahaha...Ingat senang ke nak kurus...????


Cakap pasal penampilan diri ni, aku sukar mengerti sebab masih ada lagi mereka di ofis-ofis yang masih bergaya selekeh, yang tak kisah pasal penampilan diri, yang comot datang bekerja, yang ada bau badan dan sebagainya. Aku makin tak faham...Bukan niat aku hendak kutuk kau, tapi itulah hakikat yang terpaksa aku hadapi di tempat baru ni.


Kalau dah nama kerja di ibu pejabat, sudah pasti terlalu ramai orang yang aku temui. Ni yang aku nak buka cerita pasal seorang staff aku...Orangnya berbadan besar, kuat bisnes *segala benda dia nak jual, dari nasik lemak, kuih muih, tudung, kerepek semua lah dia nak jual*. Tapi itu bukan isu yang aku ingin bangkitkan kat sini. Aku cuma hendak bangkitkan pasal badan yang berbau serta pakaian yang sama yang dipakai dalam minggu yang sama. Aku makin tak mengerti...


Setiap hari *especially selepas lunch hour* akan ada bau-bauan yang kurang menyenangkan sebaik sahaja aku hendak masuk ke bilik aku. Meja dia dekat luar bilik aku, so suka atau tidak memang aku kena lalu depan dia. Ada satu ketika tu, aku hampir sesak nafas sebab bau badan dia yang kuat tu. Tak cukup dengan tu, dalam minggu ni aku perasan ye, dia pakai baju yang sama. Baju hari isnin dengan baju hari jumaat adalah baju yang sama. Aku tak percaya dia tak mampu nak beli baju, bisnes kat ofis bukan main kencangkan...Sayangla penampilan tak terjaga..Dengan bau badan segala, pelik betul aku dengan orang yang macam ni kan...


Pernah sekali aku dan kawan aku bercadang nak belikan dia hadiah deodorant, konon-konon, pagi-pagi sebelum dia masuk kerja, kami bercadang nak letakkan deodorant tu atas meja dia...Tapi, mengenangkan kami ni orang baru dan selama ni tak pernah pun agaknya ada sesiapa yang komplen pasal bau badan dia, kami terpaksa batalkan niat nak buat macam tu, takut pulak nanti kantoi...Dah la orang baru, buat pulak benda macam tu, nanti satu department tak suka...Wakakakakaka...


Habis macam mana nak atasi perkara macam ni...??? Nak tegur kang, ni isu sensitif...Dah la setiap kali aku nak pegi meeting ker, nak pegi tempat mana-mana pun, dia yang tolong tempahkan transport untuk aku pergi, tak cukup dengan tu, kalau ada masalah printer, masalah telefon, sume dia lama yang tolong settlekan...Tak tergamak aku ye nak cakap pasal bau badan dia tu...Adoiiii aiiii...Pening-pening...