Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

Sombongnyer dia...Macam bagus jek...Huhhh!!!!

Tiba-tiba aku jeles beremosi sekejap bila terbacakan komen seorang rakan di wall facebook seorang rakan yang lain...Status rakan tu sebenarnya berkenaan dengan fiil lelaki sekarang yang suka tolong kepitkan handbag girlfren, tak pun si suami yang setia tolong bawakkan handbag isteri masa jalan-jalan kat shopping complex. Itu sebenarnya yang diutarakan oleh tuan empunya wall, tapi lain pulak bentuk komen yang diterima...Adalah seorang hamba Allah ni, sibuk jugak lar nak bagi komen kat wall kawan ni...Yela, kalau bukan kat wall, kat mana lagi kat nak bagitau satu dunia yang BEG DIA BERHARGA RIBUAN RINGGIT...

Perlu ke nak up kan harga beg dia kat wall orang...??? Pada aku lar...Jangan cakap jek, kalau boleh sila uploadkan gambar beg yang dia kata bernilai RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU tersebutkan...Cakap jek tanpa otoriti yang kukuh, macam mana orang nak caye kan...Adalah seorang teman baik pun tak puas hati dengan komen tu, jadi kami pun siasat la facebook si belagak ni...Aku dapati currently, she's staying in BINTULU, SABAH...Hmmm...Tak sangka ye kat bintulu ada beg har ribuan ringgit...

Aku memang tak bermaksud nak kondem atau merendah-rendahkan bintulu, tapi dia pun kot iyer nak belagak kan, toksahla kat facebook...Aku lebih suka kalau dia ikut reunion, pastu aku teringin nak tengok dia galas beg harga ribuan ringgit dia tu...Secara ikhlas, aku tak mampu nak pakai beg semahal tu...Kalau ikut hati, boleh jek nak beli, tapi aku pasti aku akan menyesal seumur hidup...Hehehehe...Bukan dengki atau iri hati, tapi tak perlu la nak menunjukk-nunjuk dalam facebook ni...BUAT ORANG MELUAT JEK...Huh...Sengal betol lar...