Search This Blog

Showing posts with label Kutuk-Kutuk. Show all posts
Showing posts with label Kutuk-Kutuk. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Hawt sangat ke kau tu...

Hehehehe...Hari ini teringin pula hendak buat entry pasal awek-awek yang perasan HAWT GIRL...Aku tidak berminat hendak tulis pasal apa ciri-ciri lelaki kacak dan sebagainya sebab aku sendiri perempuan. Tapi, apa yang dapati HAWT dari kaca mata lelaki adalah berbeza dengan HAWT dari kaca mata perempuan.

Perempuan ini pandangannya memang lain...Selalunya sorang awek tu akan confident dia HAWT HABISSSSS bila dia kuar jalan-jalan dengan  jeans berjenama LEVI'S yang disarung dengan sendatnya, baju seksi giler yang menampakkan pangkal budah dada, mekap tebal tak tentu arah, rambut yang diwarnakan merebang-rebang macam pontianak dan sebagainya...Pastu ditambah pulak dengan muka confident menggalas handbag berjenama yang diciplak dan dibeli di PETALING STREET, diaorang akan budget diaorang HAWT pastu dah PERASAN yang diaorang sekarang dah sama angkatannya dengan ARTIS POPULAR TANAH AIR...Pastu yang aku perasan lagi, mereka-mereka yang perasan HAWT NI selalunya suka-suka lar kan declare diri tu PART MODEL la, PENARI la then paling-paling koman pun PELAKON TEMPELAN...Yang babak setakat seminit dua, takat lalu-lalang jek depan camera dah pandai-pandai declare yang diaorang tu pelakon kan...

Kadang-kadang aku memang tergelak sorang-sorang bila kenal dengan minah-minah yang stok perasan macam ni...Pastu yang aku paling tak tahan tu stok minah-minah perasan HAWT ni memang suka tau pakai compact powder yang tak seswai dengan kaler kulit muka tau dan hasilnya adalahhhhhhhhhh OF COURSE GOMAK ye...Kadang-kadang nak tegur, tapi kang ita ni sapela sangatkan nak tegur diaorang tu...Diaorang tu HAWT kan, kita ni apela sangat...Yang tak tahan tu, ade jek yang dengan confident kat merata-rata tempat akan snap gambar sendiri menggunakan camera henfon...Pastu cam bese lar kan, confident jek pegi tempek kat facebook lar, myspace lar, tagged lar dan sebagainya...

Ade lar seorang minah ni, dia cakap dia part time model kan...Aku pernah lar tengok gambar dia mengayakan barang kemas jenama TOMEI kan...Takat gambar seketul dua yang diambil menggunakan handphone murah tu dah berani claim yang kau tu part time model...Tak cukup dengan tu, gambar-gambar dia sumenyer pose ala-ala kayu lar, keras jek, langsung tak pandai memberikan pose yang menarik...Tapi tu lar...Orang melayu kita ni memang mudah tertarik dengan pekerjaan-pekerjaan yang berunsurkan glemer dan popular...Owh tidakkkk...Entry ni memang pasal bukan pasal minah part time model tu tapi entry ni ditulis secara general sahaja...Tiadak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah meninggal dunia...Wakekekekekeke...

Pada aku lar, kita kalau nak budget hawt pun agak-agak lar kan...Ni tak, dalam kepala otak tu hawt maknya, baju kena seksi-seksi, mekap kena tebal-tebal, rambut kena dye yang stok karat-karat tu, handbag kena branded, cap petaling street pun takpe asalkan branded ye, pastu bila berjalan tu dengan spek mata besar, then kalau amik gambar mesti stok mulut yang cam mulut IKAN BUNTAL tu...Tak bleh blah betul aku dengan manusia-manusia cenggini tau...Mungkin jugak aku yang bermasalah sebab sibuk amik tau hal diaorang kan, but well...Ni cuma komen aku secara suka-suka jek, sape yang tak suka SAPE SURUH BACAKAN...??? Hahahahahahaha...


Tuesday, April 27, 2010

Sombongnyer dia...Macam bagus jek...Huhhh!!!!

Tiba-tiba aku jeles beremosi sekejap bila terbacakan komen seorang rakan di wall facebook seorang rakan yang lain...Status rakan tu sebenarnya berkenaan dengan fiil lelaki sekarang yang suka tolong kepitkan handbag girlfren, tak pun si suami yang setia tolong bawakkan handbag isteri masa jalan-jalan kat shopping complex. Itu sebenarnya yang diutarakan oleh tuan empunya wall, tapi lain pulak bentuk komen yang diterima...Adalah seorang hamba Allah ni, sibuk jugak lar nak bagi komen kat wall kawan ni...Yela, kalau bukan kat wall, kat mana lagi kat nak bagitau satu dunia yang BEG DIA BERHARGA RIBUAN RINGGIT...

Perlu ke nak up kan harga beg dia kat wall orang...??? Pada aku lar...Jangan cakap jek, kalau boleh sila uploadkan gambar beg yang dia kata bernilai RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU tersebutkan...Cakap jek tanpa otoriti yang kukuh, macam mana orang nak caye kan...Adalah seorang teman baik pun tak puas hati dengan komen tu, jadi kami pun siasat la facebook si belagak ni...Aku dapati currently, she's staying in BINTULU, SABAH...Hmmm...Tak sangka ye kat bintulu ada beg har ribuan ringgit...

Aku memang tak bermaksud nak kondem atau merendah-rendahkan bintulu, tapi dia pun kot iyer nak belagak kan, toksahla kat facebook...Aku lebih suka kalau dia ikut reunion, pastu aku teringin nak tengok dia galas beg harga ribuan ringgit dia tu...Secara ikhlas, aku tak mampu nak pakai beg semahal tu...Kalau ikut hati, boleh jek nak beli, tapi aku pasti aku akan menyesal seumur hidup...Hehehehe...Bukan dengki atau iri hati, tapi tak perlu la nak menunjukk-nunjuk dalam facebook ni...BUAT ORANG MELUAT JEK...Huh...Sengal betol lar...

Wednesday, April 14, 2010

Skandal-skandal yang sering berlaku di tempat kerja, boleh diterima ke...????

Aku kena buat jugak entry ni sebab aku macam bengang dengan somebody...Pada aku, biarla blog aku ni takde orang nak baca, takde orang nak singgah, takde orang yang sudi nak komen, asalkan aku puas hati sebab aku boleh cerita apa sahaja yang berlaku di depan mata aku, di belakang aku dan di mana-mana sahaja ye...


Sebelum mulakan cerita, aku nak tanya la...Korang pernah tak dengar skandal antara suami orang dengan anak dara...??? Eleh, mesti pernah punyakan...Mungkin juga ada di antara kita yang sebenarnya terlibat dengan skandal yang macam ni...Pada aku ni bukan perkara yang luar biasa ye...Bagaimana pulak kalau skandal suami orang dengan isteri orang...??? Ha...Yang ni mesti ada antara kita yang ala-ala geleng-gelengkan kepala ye bila dengar kategori skandal yang macam ni...Hehehehe...


Pertama sekali aku nak bagitau la ok...Aku kan kalau bab suami orang ada skandal dengan anak dara, aku tak berapa nak heran la kan sebab aku boleh terima fakta yang lelaki boleh kawin EMPAT ye...Tapi kalau skandal antara suami orang dgn ISTERI ORANG memang kepala otak aku ni tiba-tiba jadi sempit, tiba-tiba macam tak sporting dan tak boleh nak terima...Tiba-tiba tekak ni terasa loya...Hehehehe...*Bengong betul, sape suruh aku bayangkan kan...???* Kekekeke...


Aku ada experience la dengan suami orang yang tak sudah-sudah nak try sume anak dara kat ofis dia ok...Intention dia cuma nak seronok-seronok sebab alasan dia, isteri dia tak layan dia kat rumah...Korang boleh terima tak alasan yang macam ni...??? Mungkin aku berfikiran agak kolot dan ortodoks, tapi terus terang aku bagitau, aku tak boleh nak terima ye alasan-alasan yang kurang relevan macam ni...Habis tu, lepas dah seronok-seronok, apa yang perempuan tu dapat...??? Duit ke untuk beli baju, beli kasut, belanja kawan-kawan ofis makan...??? Pada aku itu perbuatan yang keji dan tak boleh diterima akal fikiran...Sekali lagi aku tegaskan di sini, mungkin aku berfikiran kolot ye...


Nak dijadikan cerita, ada seorang teman di ofis *isteri orang* menjalinkan hubungan cinta ye *uwek,uwek,uwek...loya tekak aku nak muntah* dengan suami orang. Dua-dua tu aku kenal sangat ye, yang suami orang tu memang perangai sangat buaya darat ok...Semua anak dara, isteri orang, janda dan sebagainya dia nak try...Tak cukup dengan isteri kat rumah yang memang baik *sebab aku kenal isteri dia ok*, penyayang dan sebagainya...Alasan stereotype si suami orang ni, macam biasa la sebab dia sunyi ye...Benci aku dengar alasan yang macam tu. Apa yang aku tau, hubungan tidak normal mereka ni dah lama terjalin ok...Dari isteri orang tu anaknya seorang, then PREGNANT, pastu dah deliver baby, anak dah dua dan seterusnya masih kekal hingga kini...Cinta sampai mati gamaknya...


Aku pelikla...Kenapa ek diaorg dua-dua tu tak boleh nak fikirkan yang mana baik yang mana buruk...Lelaki tu kalau rahsia cinta maha hebat diaorang ni terpecah pun, dia tak malu atas sebab DIA HANYA SEORANG LELAKI. Tapi kalau yang isteri orang ni, aku percaya MAUNYA DIA KENA CERAI DENGAN SUAMI DIA. Aku bercerita kat sini, bukan sebab aku rasa jeles, tercabar dan sebagainya...Tapi sebagai peringatan terutama kepada diri aku sendiri. Aku harap sangat la, dua-dua mangkuk ni akan dapat hidayah supaya diaorang boleh perbetulkan kesilapan diaorang sekarang...Jangan dan terhantuk, baru nak terngadah...Time tu sume dah tak guna dah...Hehehehehe...

Friday, March 12, 2010

Pakaian yang lusuh, yang sama dalam seminggu serta badan berbau...Mengapa ye masih ada orang yang tidak menitik beratkan perkara macam ini...????

Aku mulakan kerjaya di tempat baru dengan azam yang baru dengan harapan karier lebih berkembang dan rezeki lebih murah untukku di tahun 2010 ni...Azam baru terlalu banyak, bukan setakat terhad kepada perkembangan karier yang positif tetapi juga penampilan diri menjadi azam yang terpenting tahun ni. Aku nak jadi kurus ye, setiap tahun azam tahun baru aku mesti nak jadi kurus dari tahun yang sebelum-sebelumnya...Tapi nan ado la kan...Macam tu jugakla...Hahahahaha...Ingat senang ke nak kurus...????


Cakap pasal penampilan diri ni, aku sukar mengerti sebab masih ada lagi mereka di ofis-ofis yang masih bergaya selekeh, yang tak kisah pasal penampilan diri, yang comot datang bekerja, yang ada bau badan dan sebagainya. Aku makin tak faham...Bukan niat aku hendak kutuk kau, tapi itulah hakikat yang terpaksa aku hadapi di tempat baru ni.


Kalau dah nama kerja di ibu pejabat, sudah pasti terlalu ramai orang yang aku temui. Ni yang aku nak buka cerita pasal seorang staff aku...Orangnya berbadan besar, kuat bisnes *segala benda dia nak jual, dari nasik lemak, kuih muih, tudung, kerepek semua lah dia nak jual*. Tapi itu bukan isu yang aku ingin bangkitkan kat sini. Aku cuma hendak bangkitkan pasal badan yang berbau serta pakaian yang sama yang dipakai dalam minggu yang sama. Aku makin tak mengerti...


Setiap hari *especially selepas lunch hour* akan ada bau-bauan yang kurang menyenangkan sebaik sahaja aku hendak masuk ke bilik aku. Meja dia dekat luar bilik aku, so suka atau tidak memang aku kena lalu depan dia. Ada satu ketika tu, aku hampir sesak nafas sebab bau badan dia yang kuat tu. Tak cukup dengan tu, dalam minggu ni aku perasan ye, dia pakai baju yang sama. Baju hari isnin dengan baju hari jumaat adalah baju yang sama. Aku tak percaya dia tak mampu nak beli baju, bisnes kat ofis bukan main kencangkan...Sayangla penampilan tak terjaga..Dengan bau badan segala, pelik betul aku dengan orang yang macam ni kan...


Pernah sekali aku dan kawan aku bercadang nak belikan dia hadiah deodorant, konon-konon, pagi-pagi sebelum dia masuk kerja, kami bercadang nak letakkan deodorant tu atas meja dia...Tapi, mengenangkan kami ni orang baru dan selama ni tak pernah pun agaknya ada sesiapa yang komplen pasal bau badan dia, kami terpaksa batalkan niat nak buat macam tu, takut pulak nanti kantoi...Dah la orang baru, buat pulak benda macam tu, nanti satu department tak suka...Wakakakakaka...


Habis macam mana nak atasi perkara macam ni...??? Nak tegur kang, ni isu sensitif...Dah la setiap kali aku nak pegi meeting ker, nak pegi tempat mana-mana pun, dia yang tolong tempahkan transport untuk aku pergi, tak cukup dengan tu, kalau ada masalah printer, masalah telefon, sume dia lama yang tolong settlekan...Tak tergamak aku ye nak cakap pasal bau badan dia tu...Adoiiii aiiii...Pening-pening...

Monday, February 1, 2010

Kenapa begitu sekali...????

Kenapa mesti dia mendengki...??? Knp mesti komen sedemikian di dalam laman facebook aku...??? Aku rase terhina ok...Walau pun dia nak dakwa dia menyatakan komen tersebut bona fide, ikhlas dan tidak bermaksud apa2...Aku mencik tau!!!!


Aku tak pernah kacau hidup dia...Sukati aku la nak keje contract ker, nak keje part time model ker, nak keje sementara ker, ade aku kisah...??? Aku tak pernah kacau hidup kau, yg kau sibuk2 bg komen cenggitu knp...??? Aku tau kau kecewa sbb kena stay kat situ...Aku tau kau frust sbb peluang pekerjaan lain masih blm menjengah diri kau, tp kau kena sedar ok, rezeki tu ada di mana2 dan ikut rezeki masing2...Bak kata sahabatku, muka aku ni muka murah rezeki...


Isu skrg mcm mane nak jadi muka murah rezeki...??? Kau kena rajin2 senyum, kau jgn muncung jek bila nmpk org lain, rajin2 kan diri tu utk tegor org, bkn tegor bila kau rasa perlu jek, pastu plg penting, tlgla jgn mendengki dgn org lain...InsyaAllah murahla rezeki kau tu nnt...Aku doakan kau blh kuar dari situ kalau tu yg kau nak sgt...Tp, kau kenala usaha cari keje lain...Ingat sikit, kau tu dah ada anak, dah anak suami, yg pntg dah berkeluarga...Aku ni single lg, kalo jobless pun mak ayah aku blh tanggung lg...Harapan aku kau sedar kesilapan kau tau...Huh!!!!

Tuesday, November 11, 2008

klu dah nama govt's servant....

Salam...Dah lama rasenyer aku tak jenguk kbr blok aku ni...Td baru dpt instruction dari syima utk update blog aku ni...Pasif sungguh aku dlm berblog...Mase yg sgt terhad buat aku takde mase nak menulis dan berceriter psl kehidupan aku ni...Well...Tadi tgh dok concentrate draft affidavit, letihla...Idea lak tak dtg mencurah2...kering jek semcm...Sudahnya, ayat2 aku dlm affidavit tu tak bape nak menarikla...bosan jek baca...so, sebagai langkah utk menghilangkan bosan, aku pun nak berceriter psl staff2 di govt ni...
Dulu, sebelum aku join govt, mentaliti aku mmg sama dgn mentaliti org dekat private sector...Aku sentiasa terfikir dan berfikir bahawa org2 kat govt ni takde keje...Rileks jek tak sudah2...Buktinya, kwn2 aku yg byk deal dgn pjbt2 kerajaan byk citer mcm ni...Dan aku tak nafikan apa yg kwn2 aku tu ckp...Sebagai contoh, dulu masa aku jd lawyer, aku selalu pg court n aku selalu kena buat carian file dekat court biler file kita hilang...Ade sekali tu mase aku pg, adela satu court ni (tmpt dan nama dirahsiakan) buat jamuan raya...Nak tau tak jamuan mase tu kul bape...??? Jam mase tu kul 8.30 pagi....Blh tak buat jamuan raya kul 8.30 pagi...???? Dan yg plg aku tak blh nak tahan tu, mase jamuan raya tu tgh berlangsung, takde sorg staff pun yg ditugaskan utk jaga kaunter utk sementara waktu...So, biler aku dah tak tahan sgt, aku pun panggil la sorg staff yg aku nmpk mase tu...Nak tau apa dia jwb...???? Dia ckp mcm ni "sorila, kitaorg tgh ada jamuan raya skrg ni...Blh tak cik dtg balik kul 9.30 nnt????". Mase tu mmg aku terkejut sgt2 sbb diaorg lebih besarkan jamuan raya dari melayan lawyer2 yg terdiri kat depan kaunter mase tu....Korang tgkla govt servant...Mcm tu la attitude diaorg...Biler kena marah, kena kutuk, marah...Tp, dah mmg hampeh pun...
Walaupun aku kutuk2 org gomen, tp biler ade peluang masuk gomen, aku pun blah la tinggalkan firm yg aku keje...Aku sedar, mgkn ade di antara kwn2 aku yg akan ckp "tu nak keje senangla tu...sbb tu masuk gomen...". Well, well, well...Biler dah masuk gomen ni, baru aku tau mcm mane life sebenar officer kerajaan...Life aku mmg full dekat ofis ni...Dari 8.30 smpila kul 5.30 ptg...Tu pun hampir setiap hari aku kena balik lewat...Tp, aku bersyukurla, sekurang2nya, aku balik tak selewat aku balik masa aku keje kat private dulu...Apa yg aku nmpkla, officer kat govt mmg bz sgt2...Aku keje under department "penasihat undang-undang"...Besela, dah nama pun penasihat kan, manjang jek org cari nak mintak nasihat...Dari sebesar2 isu, smpila kepada benda2 yg remeh nak mintak nasihat dari department aku...Tu blom masuk keje2 lain lg...Mmg byk sgt2...Aku still lagi handle civil matters kat ofis ni...Mmg takde masela nak goyang kaki...Klu takde keje tu, mmg something wrongla tu....
Tu psl officer ok...Yg byk rileks, yg byk main internet selalunya staff yg bawah2 ni...Diaorg mmg takde keje sgt...Kdg2 tu baru suruh kena buat surat sekeping, dah kecoh...Yg plg aku tension tu, surat pun tak reti nak draft...Wlupun diaorg bertaraf clerk, tp diaorg cuma blh menaip jek...Surat aku kena draft dulu, alasan diaorg, diaorg taktau apa nak tulis...Tak ke sengal namanya tu....???Bagi mengelakkan sakit hati, aku prefer utk taip surat aku sendiri, so dah confirm diaorg takde keje dah...Well, apa blh buat...Nak marah pun aku tak smpi hati sbb diaorg ni lbh tua dari aku...Pastu, ade sesetengah staff yg lg mangkuk, diaorg ni time keje suka sgt bukak facebook la, frensterla, tgk youtube la, chat kat YM la dll...Tp, hari sabtu dgn ahad, diaorg akan dtg ofis utk buat OT...Tak ke hampeh namanyer tu...???? Hari keje taknak lak wat keje...Yg diaorg tau nak kutip OT jek byk2....Teruk btol la...Pnh sekali tu, ade staff tu lgsung takde keje hokey...Seharian main game jek...Yg plg best tu, siap bawak CD game dari rmh...Pastu, yg buat aku dissapointed tu biler diaorg asyik ckp, gaji aku besar, gaji diaorg kecik...Pelik btl aku...Dah nama nak keje senang, gaji pun setimpal la dgn apa yg diaorg buat...
Ade sesetengah tu pulak, suruh bukak file, manjang jek salah bg no file...ntah hape2 ntah...keje senang pun manjang jek buat salah...pastu, yg aku plg tak tahan tu, kat ofis aku ni diaorg ni tak blh tgk kita berpakaian pelik2 skt...mula la ade yg mencebik...aku baru kaler rmbt skt, diaorg dah buat muka pelik...kat sini mmg tak bebas hidup aku, tp aku ni jenis suka ikut kepala sendiri...apa nak jd, jdla...hari jumaat ni, aku dah plan nak pakai skirt ala2 victorian...aku nak tgk, sape yg berani nak tegur aku klu pakai mcm tu...hehehe!!!! pastu, aku tgk, kat ofis ni, diaorg belumba2 nak melawa...baju diaorg mmg glamer2...klu setakat kain harga RM30 mcm yg aku pakai ni, tak dptla...tu blom lg yg jenis make up tebal seinci...tu blom masuk yg kaki bisnes kat ofis aku ni...mcm2 benda diaorg nak jual...
then, ada satu lg attitude org gomen ni...masuk keje kul 7.30, tp kul 8 @ 8.30 still lagi melepak kat kedai mamak depan ofis...aku tak fhmla...klu kuar lunch pulak, mmg bangsa kuar awal...yg selalu buat mcm ni, aku tgk staff2 bawah...lunch kul 1, tp kul 12.30 diaorg dah kuar...balik kul 2 lbh, pastu pg solat, kul 3 baru mula keje balik...pastu kul 4.15 dah start make up2 n kemas2 brg utk balik...tak ke sengal namanyer tu...???? buat keje skt sgt2, pastu expect dpt gaji besar....aku nak bg lg satu cnth k...mase tu baru 2 bulan aku keje kat ofis aku ni...hari tu hari jumaat...kebetulan, kul 9 pagi hari tu, ade perjumpaan bulanan di mana mase perjumpaan ni, CEO akan bg speech yg agak pnjg berjela...hehehe!!!! perjmpaan tu hbs dlm kul 11.30 pg hokey...lepas perjmpaan tu ade lak majlis mkn2... (kat ofis aku ni, manjang jek ada mkn2...meeting skt mkn, diskusi skt, mkn...pendek kata, mkn jela sepnjg masa) kebetulan hari tu aku puasa, so aku tak mknla...yg plg hampeh tu, hbs mkn kul 12 suku...fhm2 jela, hari jumaat, 12 suku diaorg ni pun akan kuar la ke jln TAR utk bershopping kain segala...mase tu aku fkr, mase bilerla diaorg ni buat keje agaknya...balik ofis balik kul 2.45, then pg solat dlm kul 3 lbh baru la diaorg akan ddk depan PC...pastu, kul 4 suku dah start bersedia nak balik...terukkan...???? kira hari tu diaorg mmg mkn gaji butala...lgsung tak buat keje, dtg opis n punch kad, pastu ptg punch kad balik lak...
berdosa aku kutuk diaorg dlm blog aku ni ha...tp, ni cuma luahan perasaan jek, n aku harap sume org blh jdkan benda ni sebagai teladan...yg mane baik tu, blhla kita ikut, yg tak elok tu kita tinggalkan la...kdg2 aku terfikir gak, klu la diorg ni dihantar pg ke firm aku (yg mane sume clerk keje mcm robot) aku rase blh mati kurus kering agaknya sbb beban kerja yg bertimbun2...sape yg ade attitude mcm ni...???? well...org melayu kita la...so, embarassing....