Search This Blog

Sunday, April 18, 2010

Seronokkah menjadi perhatian VIP-VIP...???

Ini memang entry syok sendiri. Tapi pedulik hapekan. Bukan kena bayar pun nak tulis pasal peribadi kat sini, nak perasan-perasan ke, nak syok sendiri ke, sape jek yang berani nak marah sebab this is my blog...Hehehehehe...

Seronok ke menjadi perhatian VIP-VIP....??? Bidang kerja aku sekarang memang secara tak langsung mendedahkan aku kepada VIP-VIP...Suka ke, tak suka ke, penat ke, nak marah ke, tapi bila berdepan dengan diaorang otomatik jek senyum yang paling manis tu akan datang dengan sendiri. Kadang-kadang aku pun confuse dengan karier sebenar aku, macam pramugari pun ada juga, macam penyambut tetamu hotel pun ada juga, especially bila kena bertugas masa conference la, masa dinner la dan lain-lain lagi. Aku suka ke kerja macam ni...??? Setakat ni, aku enjoy then aku malas nak pening-pening kepala memikirkan permasalahan-permasalah lain...Tapi, kerja aku ni memang mendedahkan aku kepada masalah yang aku sendiri tak jangka ye...

Apa korang rasa, time ada satu event yang gempak, ada sorang VIP, asyik pandang korang...??? Korang takut tak...??? Aku takut sangat ye....Tak cukup dengan pandang, bila korang tolong hantarkan kopi dia sempat lagi tu cakap "I rasa i tak perlu la letak gula kat kopi ni, mesti kopi ni dah manis sebab orang yang tolong hantarkan ni memang dah manis sangat..." Ok, bila dengar dia cakap macam tu, tipula kan kalau hati korang tak berbunga-bunga kan...Kalau boleh, time tu jugak nak tengok muka kat cermin nak pastikan, mekap sume ok, baju ok, korang jalan pun perfect, dan sebagainya...Betul tak...??? Kena pulak orang yang puji tu adalah lelaki yang berpangkat dato', tan sri then muka sehensem dato' mustaffa maarof...Ala, pelakon cite bawang putih bawang merah tu, yang jadi putera raja tu...Mesti dan-dan tu jugak, dalam hati ada tamankan...??? Hehehehehe....Pada aku tak salah la dalam stage ni korang nak syok sendiri perasan cantik dan sebagainya...

Tapi, bila dia dah start tanya-tanya kat orang lain sama ada korang ni dah kawin ke belum, kerja bahagian mana, kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni dan sebagainya, time ni korang dah kena mula hati-hati ye sebab maknanya U WILL BE THE NEXT TARGET lepas ni...Kadang-kadang aku pun heran, orang kaya macam diaorang ni takde keje lain ke selain dari berfikir nakkan isteri yang cantik, lawa, takpun bila dah ada isteri cantik, nak ada girlfren-girlfren dan sebagainya...Adakah kerana mereka ni banyak duit sebab tu dah tak fikir pasal hal lain lagi...??? Seram akak ok...Yang paling sedih dan amat menyayat hati, aku ni asyik jadi perhatian golongan-golongan yang macam ni jek...Yang muda-muda langsung takde ek...Susah hati jugak, tapi kadang-kadang tu macam malas nak fikir kan...

Tapi apa pun, menjadi perhatian VIP ni macam best jugakla...Time tu la korang boleh test saham korang...Hehehehehe...Sangat keji ye sebab aku ada intention yang macam ni...Wakekekekekeke!!!!!

P/S: pemilik blog higheelhanum, sila jangan berbulu ye...ni entry nak meluah perasaan terbuku je..hehehehe

6 comments:

cippa said...

Amboi...test saham..hahaha. Enjoy your work while you still can.Kak Wan faham, dulu masa kerja kat sana pun..memang terdedah kpd golongan ni..tapi akak ni tak menarik..hehe...you yang cantik and muda ni memanglah lepa suka sangat...okay jaga diri...

Izan said...

saham laku nampak....bagus2 =)
weh, golongan kaya2 cenggitu selalunya jenis habis madu sepah dibuang. bab tu la pantang nampak pompuan cantik dahi licin. harus la diorang sapu dulu sebelum org lain sapu. hahahahhaha

Missing Cat said...

hehehehe...

Kak wan: nak test saham tu mmg best, tp bila teringatkan kesingaan wife dia terus tak jadi nak test saham...hehehehe

izan: mmg btl ye, aku tgh muda ni mmgla dia berkenan, lepas ni dia tak heran dah...wakekekeke

Nadeyah H said...

Hahahahaha... perlu ek nak highlight aku?
Babe, tulisa sahaja ok. Bak kata ko, kita ni bukan pemblog tegar yer, jadi adalah tidak salah untuk syok sendiri di blog milik sendiri yer. melainkan blog ini dikunjungi beratus2 pelawat setiap hari, maka tidak patut bercerita sungguh syok sendiri kekekeke...

Missing Cat said...

babe,

hahahahaha...nnt ko engage sila masukkan entry khas berkenaan dgn persiapan majlis tersebut ye...yg aku tau, ko adalah pengomen tegar utk blog aku yg tak sepertinya ini, dan aku adalah pengomen tegar utk blog ko...kekekekeke

Nadeyah H said...

Hahaha! as usual kan, ko adalah pengomen tegar blog aku dan aku juga pengomen tegar blog ko. kurang2 ko ada gak pengomen2 lain, aku memang takde ok, lagi sadis. tapi takpe, yang penting blog bukan bertujuan publisiti hehehe...