Search This Blog

Friday, July 2, 2010

Aku tau aku buruk, tapi hati aku tak busuk macam kau...!!!!!

Seminggu ni memang bersepah-sepah muka aku kat Parlimen. Ini semua gara-gara nak brief menteri untuk RUU yang baru. Penat jangan cerita la kan...Aku rasa satu Parlimen tu dah kenal aku siapa. Hehehehe...Dengan pakai blazzer siap name tag kaler hitam putih besar gedabak lagi ok. Sebatu lagi orang dah boleh nampak nama aku FARAH AZURA. Malu juga la bila ada suara-suara lelaki yang agak sumbang memanggil-manggil nama aku seolah-olah dah kenal aku 10 tahun, padahal haram tak kenal pun. Sengal bin mangkuk ayun betul. Tapi, ini bukan isu yang aku nak bangkitkan. Aku nak bangkitkan satu isu yang aku kira, korang akan cakap macam dalam drama jek. Tapi, sungguh perkara tu berlaku pada aku.

Aku tak pernah nafikan, aku yang 10 tahun dulu adalah berbeza dengan aku yang sekarang. 10 tahun yang lalu, aku belajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Cawangan Melaka. Aku memang tak femes, jangankan dikalangan lelaki, perempuan pun aku tak femes. Dalam batch aku tu, ada 3 orang budak lelaki yang budget hawt, glemer dan yang sewaktu dengannya. Biarla aku gelarkan diaorang ni sebagai E, M & S. Sepanjang 3 tahun aku kat sana, boleh dikira berapa kali aku bercakap dengan diaorang. Biasela, gadis huduh dan busuk, hitam pulak tu kan, memang takde budak lelaki nak kawan, kecuali sahabat baik aku IKMAL.

Walaupun aku tak pernah kacau hidup diaorang, tak pernah terniat pun nak kutuk diaorang, tapi diaorang 3 ekor ni nampaknya memang tak senang kalau tak mengutuk orang. Aku dapat tau, ketiga-tiga mangkuk ni tergamak ye bagi gelaran kat aku. Nak tau apa gelaran tu...???? Ye, mereka panggil aku ALAGAPPAS!!!!! Korang nak tau kenapa...??? Sebab dulu aku hitam legam, gemuks dan huduh. Tak cukup dengan ALAGAPPAS, diaorang siap panggil aku "MINAH GEMUK, HUDUH, BURUK" dan sebagainya. Tapi memang stok menyedihkan la...Mesti korang pelikkan kenapa diaorang panggil aku macam tu...??? Sebab rupa aku yang macam kat bawah ni:

Iyer...Itulah aku suatu masa dahulu. Aku memang ban mangkuk tiga ekor tu sebab panggil aku macam tu walhal aku tak pernah susahkan hidup diaorang sepanjang 3 tahun aku kat Melaka. Tak cukup dengan tu, aku sedar diaorang mudah rasa jelik dengan perempuan yang buruk macam aku, tapi aku tak kacau diaorang. Masa kat Melaka tu, tak pernah diaorang nak tegur aku, senyum apatah lagi ok. Kewujudan aku memang langsung diaorang tak sedar. Yang diaorang sedar aku wujud bila sampai masa nak kugtuk-kutuk aku jek!!!!

Tapi apa yang terjadi semalam memang buktikan kekuasaan Allah. Aku ke Parlimen, dan aku terserempak dengan E. Aku dengar E dah jadi PTD sekarang. Wah....Bukan main hebat lagi, dengan suit kaler kelabu asap, dengan rambut ala-ala tempurung, konon budget hensem giler la kan...Tuihhhh!!!! Boleh jalan...E nampak aku, E tengok aku bagai nak rak macam nak terkeluar bijik mata, E panggil nama penuh aku ye, "Farah Azura" masa lalu sebelah aku, tapi aku buat pekak badak, haram tak pandang E sebab aku tau, itu adalah E, mangkuk yang dah buat aku rasa inferior sepanjang 3 tahun kat Melaka.

Aku ingatkan habis kat situ jela...Nampak gayanya, E tetap tak berpuas hati, E lalu-lalang depan aku berkali-kali, sambil tu mata dok usha aku dengan harapan aku akan tegur dia. Boleh blah ye brader...Gua takde kena mengena dengan lu...!!!! Dekat kafe pun terserempak lagi dengan E, kali ni E confident bagi senyuman manis kat aku, tapi cam bese la...Aku buat-buat tak nampak. Aku puas hati, dalam hati aku ckp "padan muka ko mangkuk!!!". Lepas habis sesi briefing dengan minister, aku balik ke ofis. Tiba-tiba call in ok, tapi no tak dikenali. Rupanya E yang call, dia mintak no aku dari seorang teman baik. E tak puas hati kenapa aku sanggup buat-buat tak kenal padahal kenal kan...

Hahahahahahahahahahahaha!!!!! Aku memang malas nak layan, mula-mula aku cakap jek aku tak kenal pun dia. Soalan pertama dia, "u pergi parlimen kan tadi...??? i saw u in the parliment" then aku jawab "no, i was in the office this morning. maybe u got a wrong person". Dah la call haram tak kenalkan nama, dia budget aku kenal ke tu no henfon dia...??? Tengkorak dia la...Lepas tu aku terus cakap aku tak kenal dan terus letak fon. E tak puas hati call aku berkali-kali, then sms aku cakap macam-macam. Aku reply balik cakap "I'm sorry E, i always refuse to acknowledge people who has put me down". Confident jek aku cakap macam tu. E tak puas hati mintak penjelasan. Cam bodoh la dia tu...??? Is that my obligation to explain...??? I dont think so...Am i rite...???

Pastu E terus hantar sms cakap macam-macam seperti "sampai hati u buat tak kenal kat i...Kita kan batch mate...Apa salahnya bertegur sapa, kitakan orang melayu, umat islam bla...bla....bla..." Dan E memang cari pasal, aku dengan hati panas ungkit balik kat E pasal kutukan dan penghinaan yang E dengan kawan-kawan dia buat kat aku satu masa lalu. E terkejut, pastu E boleh cakap aku childish!!!! Kepala otak dia la kan!!!! Aku memang sound dia kaw-kaw, last-last E dengan rela hati mintak maaf kat aku. Aku puas hati ok, padan muka dia. Kenapa E beria nak tegur aku...??? Aku pun taktau...Kalau la rupa aku macam dulu, macam gambar kat atas tu, mati hidup balik E takkan mengaku aku ni BATCHMATE dia kan...Tapi sekarang aku dah berubah, aku dah berubah untuk kebaikkan diri aku...Aku sekarang dah macam ni:


Aku tak pernah rasa diri aku cantik, cuma mungkin lebih baik dari dulu. Aku berharap sangat, lepas ni aku takkan tengok muka E, M or S lagi kat dalam dunia ni. Diaorang ni antara orang yang buat zaman remaja aku jadi disaster sangat. Aku rasa rendah diri, dan tak berkeyakinan. Aku sentiasa sedih dengan keadaan aku. Pada aku rupa tu bukan perkara utama, kalau rupa cantik tapi perangai buruk nak buat apakan...??? Yang buat aku terkilan sangat, sepanjang aku kenal E, aku tak pernah kutuk dia, buruk-burukkan dia dan sebagainya. Kehidupan aku tak pernah bawak masalah pada dia, tapi kenapa mesti ejek aku, kutuk aku, panggil aku dengan nama-nama yang macam tu. Dan sekarang kalau aku buat tak kenal, TOLONG JANGAN CAKAP AKU SOMBONG!!!!!!

8 comments:

RiEz said...

sabo lah farah manusiakan...

Missing Cat said...

thanks rieha...aku dah kena teruk ye, so sekarang aku takkan jadi macam dulu lagi...

~H a n u m ~H~ said...

Babe, yg E ni baru ni ko jumpa. Yg sekor lagi yg ko jumpa masa kat court jalan duta tu S ke? Yg sibuk tengok2 ko dgn harapan ko nak tegur tu?

Missing Cat said...

iyer babe...yg S tu aku jmpa kat kl court last 2 years, pastu aku jmpa lg sekali mase kenduri kawen ikmal...cam bese la kan, aku buat tak kenal, tapi dia takdela komplen2 bagai aku tak tegur dia...

yg E ni bila aku tak tegur, dia buat ceramah agama la kan...mmg menyakitkan hati ok...

cippa said...

Hey Farah, way to go girl..Good for you. So apa yang terpendam dah terkeluar semuanye ya. Thats good, sekarang dah ada closure..dah boleh tutup buku lama and buang jauh. love yourself..jangan biar orang pull you down..ever again. Sorry kak wan cubit you hari tu...cos you were so formal with me..so next time jangan ye..hope to see you soon..hari tu tak puas nak bercakap..terpaksa bagi attention kat tiga2.

Izan said...

weh, sedih plak aku baca kisah ko nih... sapa mamat tu. adakah aku kenal mamat tu. aku pun uitm melaka gak. hahahah (mcm la ko tak tau)

farah.. serious ko mmg jauh berubah. cantik sgt2... bagai langit ngan bumi. tp ingt bila da cantik2 jgn plak nak memilih bila berkawan mcm minah ... *tut* =)

Signorina Syima said...

padan muka mamat tu..

eh, dia dah kawin ke?? kekekek

Missing Cat said...

izan: kalo aku cite balik kat ko kan, mesti ko kenal mamat tu ok...hehehehe...tp, tak bleh cite kat sini, bahaya..kekekeke...

syima: dia tak kawen lg ye..ko nak ke berkenalan dgn dia...??? sbb aku dgr2 dia baru putus cinta...hehehehehehe